Apa Sebenarnya JKR Mahu Daripada Program Kerja Anda? Coach Ir. Wan, 23/02/202625/02/2026 Setiap bulan, banyak program kerja JKR dikemukakan, disemak, dibentangkan dan akhirnya diluluskan. Format lengkap. Aktiviti banyak. Tarikh tersusun. Peratus kemajuan boleh dikira. Namun satu persoalan yang jarang ditanya secara jujur ialah: Adakah Program Kerja itu benar-benar memenuhi expectation sebenar dari sudut kawalan projek? Dalam konteks projek awam yang berpandukan garis panduan agensi seperti Jabatan Kerja Raya Malaysia, Program Kerja bukan sekadar dokumen formaliti. Ia sepatutnya berfungsi sebagai jadual projek yang menjadi instrumen kawalan masa dan prestasi. Dan di sinilah sering berlaku salah faham. Salah Faham Paling Biasa Tentang Program Kerja Dalam pengalaman saya menilai dan membedah jadual projek daripada pelbagai pihak — kontraktor, perunding dan pasukan agensi pelaksana — terdapat beberapa pola yang berulang. 1. Program Kerja dianggap sebagai senarai aktiviti bertarikh Aktiviti disusun panjang. Tarikh mula dan tamat ada. Hubungan FS (Finish-to-Start) disambung dari atas ke bawah. Secara visual, ia kelihatan lengkap. Tetapi struktur logiknya tidak diuji. 2. Yang penting ikut format Ada yang memberi tumpuan besar kepada: Layout Header Kod aktiviti Warna bar Semua ini penting dari sudut penyampaian. Tetapi format tidak sama dengan kawalan. 3. Peratus kemajuan dianggap ukuran utama kesihatan projek Kemajuan 92% berbanding 90% dirancang. Maka projek dianggap “tidak terlalu lewat”. Tetapi adakah laluan kritikal dianalisis?Adakah aktiviti yang benar-benar menentukan tarikh siap telah diuji? Sering kali, jawapannya tidak. Perkara ini berkait rapat dengan persoalan mengapa 10% lewat tidak semestinya projek lewat — yang akan saya huraikan secara khusus dalam artikel seterusnya. Apa Yang Sebenarnya Dinilai Dari Sudut Governance? Apabila kita melihat Program Kerja melalui lensa kawalan kontrak, beberapa dimensi utama sebenarnya dinilai — walaupun tidak selalu disebut secara eksplisit. Di sinilah Program Kerja perlu berfungsi sebagai jadual projek yang defensible, bukan sekadar dokumen kontrak. 1. Integriti Struktur (WBS Integrity) Asas kepada jadual yang boleh dikawal ialah struktur Work Breakdown Structure (WBS) yang jelas dan berasaskan deliverable. Struktur yang baik: Menggambarkan komponen fizikal projek. Memisahkan skop mengikut hierarki logik. Membolehkan kemajuan diukur secara bermakna. Apabila WBS bercampur antara lokasi, jenis kerja dan tempoh masa tanpa disiplin, jadual menjadi sukar dianalisis. Kemajuan tidak lagi mencerminkan realiti skop. Saya pernah menyemak satu program kerja JKR yang kelihatan sangat terperinci — ribuan aktiviti. Tetapi apabila diteliti, struktur WBS tidak mencerminkan komponen sebenar projek. Aktiviti disusun berdasarkan “apa yang mudah ditaip”, bukan berdasarkan struktur kerja fizikal. Secara teknikal, jadual itu wujud.Secara kawalan, ia lemah. Perbincangan lanjut tentang Deliverable-Based WBS sebagai asas struktur jadual projek saya kupas secara khusus dalam artikel ini. 2. Disiplin Logik (Logic Discipline) Hubungan antara aktiviti bukan sekadar sambungan teknikal dalam perisian. Ia mesti mencerminkan urutan pembinaan sebenar di tapak. Antara isu lazim: Aktiviti tanpa predecessor (open start). Aktiviti tanpa successor (open end). Hubungan terlalu mudah — semua disambung FS tanpa analisis. Critical path yang tidak masuk akal. Jadual yang baik membolehkan kita menjawab soalan ini dengan yakin: Jika satu aktiviti lewat 5 hari, apakah kesannya terhadap tarikh siap projek? Jika jawapan tidak jelas, jadual itu belum cukup matang untuk menjadi alat kawalan. 3. Kredibiliti Duration dan Sumber Tempoh aktiviti bukan angka kosmetik. Ia mesti munasabah berdasarkan: Kaedah kerja Produktiviti Kekangan sumber Keadaan tapak 4. Kebolehan Dipertahankan (Traceability & Defensibility) Program Kerja yang sebenar-benarnya berfungsi sebagai jadual projek mesti: Boleh digunakan untuk analisis lanjutan masa (EOT) Boleh dianalisis sekiranya berlaku kelewatan Boleh dipertahankan dalam mesyuarat teknikal Jadual yang tidak stabil dari segi struktur dan logik sukar untuk dipertahankan apabila berlaku pertikaian. Dan dalam projek awam, kebolehan dipertahankan ini bukan perkara kecil. Mengapa Banyak Program Kerja JKR “Lengkap” Tetapi Tidak Kukuh? Masalahnya bukan kekurangan perisian. Masalahnya ialah paradigma. Selagi Program Kerja dilihat hanya sebagai sebahagian dokumen kontrak, ia akan dibina untuk memenuhi keperluan kontrak. Tetapi apabila ia difahami sebagai jadual projek yang berfungsi sebagai alat kawalan kontrak, pendekatannya berubah sepenuhnya. Saya pernah berada dalam mesyuarat di mana Program Kerja kelihatan sempurna — sehingga laluan kritikalnya dibedah secara terperinci. Di situlah beza antara jadual untuk disubmit…dan jadual untuk dikawal. Peralihan Yang Perlu Berlaku Jika kita mahu meningkatkan disiplin kawalan projek awam, perubahan mesti bermula daripada cara kita membangunkan Program Kerja. Compliance bukan sekadar mematuhi garis panduan format.Compliance ialah memahami fungsi jadual sebagai: Alat pengurusan risiko masa Sistem amaran awal Asas analisis tuntutan Mekanisme kawalan prestasi sebenar Program Kerja yang baik bukan sekadar memenuhi keperluan kontrak.Ia memenuhi keperluan kawalan. Dan apabila kita membina jadual dengan kesedaran ini, expectation sebenar dari sudut governance akan dipenuhi secara semula jadi — bukan dipenuhi secara kosmetik. Governance Insight (Executive Summary) In public sector projects, what is submitted as a “Work Programme” must function as a defensible project schedule. Public authorities evaluate more than formatting. They assess: Structural integrity through deliverable-based WBS Logical discipline and critical path credibility Realistic durations and resource assumptions Defensibility in delay and extension of time analysis A schedule that looks complete is not necessarily controllable.A schedule that is controllable, however, will always stand scrutiny. True compliance is not formatting.It is control discipline. Scheduling Governance Critical PathJKRKawalan ProjekProgram KerjaWBS